Wednesday 16 September 2015

DAY 1 Percutian 3 hari 2 malam di Cameron Highland

Last week kami sekeluarga bercuti di cameron highland. Last pergi masa 2009. Memang teringin lama dah nak ke CM..Akhirnya tertunai jugak..terima kasih pada mak sebab booking hotel untuk percutian ni...kami stay di hotel copthorne. Dulu hotel ni nama hotel equotorial..tapi dah tukar nama..lokasi bersebelahan dengan kea farm..kami bertolak dari kl pkl 9am..sampai tapah around pukul 1130am..
memang dah berjanji dengan parent in law tunggu kat sana sebab kitorang nak lunch dekat gerai nasi bamboo sg kiah tapah yang femes tu...

lunch kat sini memang rare, terbaik dah sedap..masa kami sampai tu mmg full house..nasi tu dimasak dalam buluh..wangi je.lauk2 pun banyak pilihan..yang menjadi pilihan kami kerabu pucuk paku, ayam dara bakar , ayam goreng kampung..rendang rusa (1st time makan), ikan bakar..mcm2 lagi...nasi tu dihidangkan sekali dengan sambal ala2 nasi ayam penyet tu, kari,ulam2 ,telur masin..sedap2..sambal tu memang win..

lepas perut dah kenyang kami bertolak naik ke cameron..2 jam 30 minit juga masa perjalanan..kami pergi hari ahad..jalan tak jem sangat..banyak kereta dah nak bergerak turun..

Sampai dalam pukul 330pm terus check in hotel..pkl 430pm.kami keluar untuk jalan2. Destinasi pertama ladang strawberi hj masorr taman agro ..datang sini semata2 beli ais krim jr..tak.jalan2 pun...kemudian kami ke big strawbery farm untuk high tea kat sana..

Strawberry chocolate

Aisy di cameron highland 
Desert kat sini mengancam..

Lepas dah kenyang singgah kea farm beli jagung bakar ,brokoli goreng dan sotong goreng dan balik hotel..malam tu kitorang lepak kat hotel je makan lauk tapau kat nasi bamboo tu.. bersambung ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015